Free Shipping in Malaysia for Purchase above RM 169

Panduan Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes

Posted by admin 13/11/2021 0 Comment(s)

Setiap Pesakit Perlu Sentiasa Menjaga Kesihatan Kaki. Sekiranya anda mengidap diabetes dan tidak mengawal diabetes anda dengan baik, anda akan mengalami gangguan peredaran darah terutama di bahagian kaki. Ini akan menyebabkam kerosakan saraf dan saluran darah di kaki anda.

 

Kerosakan saraf akan mengakibatkan anda kurang atau tidak merasa kesakitan dan kepanasan. Ini menyebabkan kaki anda mudah tercedera tanpa anda sedari.

 

 

Kerosakan saluran-saluran darah akan menghalang pengaliran darah. Ini menyebabkan kaki anda tidak mendapat bekalan oksigen dan zat-zat yang terkandung di dalam darah. Tanpa pengaliran darah, luka-luka di kaki anda lambat atau tidak akan sembuh.

 

 

Luka yang tidak rawat dengan baik, keadaannya akan diburukkan lagi oleh jangkitan. Ini menyebabkan tisu-tisu akan mati (gangrene) dan jika semakin melarat, kaki anda perlu dipotong bagi menyelamatkan nyawa anda.

 

 

BAGI MENGEKALKAN KESIHATAN KAKI ANDA DAN MENGELAKKAN KOMPLIKASI, ANDA HENDAKLAH MENGAMALKAN LANGKAH-LANGKAH PENJAGAAN KAKI INI.

 

 

1.       Basuh kaki anda, terutama di celah-celah jari kaki setiap hari. Gunakan sabun yang “lembut”

 
 

2.       Keringkan kaki dengan tuala bersih dan lembut terutama di celah-celah jari kaki.

3.       Sapukan losen pelembab supaya kulit anda lembut kecuali di antara celah-celah jari.

 
 

4. Selalu mengurut kaki anda termasuk jari-jari kaki anda dengan tangan secara pelahan-pelahan.

5. Bagi melindungi kaki anda, gunakan sarung kaki jenis benang bulu dan kapas yang dapat menyerap peluh dan membolehkan khaki “ bernafas” dan sentiasa kering. Pastikan ianya tidak terlalu ketat, kerana ini akan menghalang edaran darah di kaki anda. Tukar sarung kaki setiap hari.

 
 

6. Elakkan “berkaki ayam” sama ada diluar rumah atau di dalam rumah. Ini penting bagi mengelakkan kaki anda terpijak benda-benda tajam atu panas.

7. Pakai kasut mengikut saiz yang sesuai iaitu tidak ketat. Pilih kasut yang lembut dan tidak kasar. Sekiranya anda memakai selipar, pilih selipar yang lembut dan menutup kaki anda.

 
 

8. Setiap kali sebelum memakai kasut, lakukan pemeriksaan teliti bagi mengelakkan terdapat benda-benda yang mencederakan di dalam kasut anda.

9. Potong kuku jari kaki secara lurus dan tidak terlalu pendek. Jangan bulatkan bahagian tepinya. Kikis pinggir kuku agar ianya tidak tajam. Gunakan penyepit kuku. Jangan gunakan peralatan yang hujungnya tajam.

 
 

10. Jangan merendam kaki anda lebih dari 5 minit. Jangan merendam kaki anda di dalam air panas.

11. Jangan duduk menyilang kaki untuk masa yang lama.

 
 

12. Periksa kaki anda dengan teliti setiap di tempat yang terang. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki. Gunakan cermin jika perlu atau minta bantuan orang lain. Periksa di celah-celah jari dan tapak kaki untuk mengesan :-
- Rekahan pada kulit
- Calar
- Kudis/Bisul
- Bengkak
- Luka
- Lepuh
- Perubahan warna kulit
- Callus/Corns/Tinec

13. Luangkan beberapa minit sehari berbaring atau duduk dengan meletakkan kaki di aras yang lebih tinggi daripada badan.

 

 

Selain dari komplikasi pada kaki anda juga mudah mendapat komplikasi yang merbahaya seperti strok (angina ahmar) , serangan jantung,kerosakan buah pinggang dan buta. Anda perlu bertindak bijak, mengawal diabetes sebaik mungkin.

 

Amalkan gaya hidup sihat setiap masa, di mana jua

 

- Patuhi regimen rawatan anda
- Berjumpa doctor pada tarikh temujanji
- Ambil ubat mengikut dos dan waktu yang betul
- Berhenti merokok
- Tangan stress
- Berhenti minum arak
- Bersenam atau lakukan aktiviti fizikal
- Lakukan juga senaman kaki
- Elakkan makanan mengandungi lemak, minyak, kolesterol dan gula.
- Lebihkan memakan sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Selalu memeriksa/memantau tahap gula dalam darah anda
- Dapatkan nasihat/kauseling dari warga kerja perubatan.

sumber daripada risalah "Panduan Penjagaan Kaki Pesakit Diabetes" - disediakan oleh Jabatan Pendidikan Pesakit Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang